AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperluas projek Kesedaran Pemakanan Sukan yang diusahakannya ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) tahun ini bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan pelajar serta atlet.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, pemilihan SSMS adalah sebahagian daripada inisiatif penciptaan nilai bersama syarikat itu dalam mencapai ‘kemenangan’.
Menurut Ajinomoto, projek tersebut telah dilancar dan dirasmikan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Sekolah, Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan (KPM), Ezaiddin Hussain bersama Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Ajinomoto, Riichiro Osawa.
Katanya, SSMS merupakan sekolah sukan ketiga yang dipilih melalui projek Kesedaran Pemakanan Sukan.
“Sebelum ini, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjadi sekolah pertama yang dipilih pada tahun 2019 sebelum diteruskan ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) tahun lalu menerusi sokongan berterusan dari KPM.
Baca artikel berkaitan: Ajinomoto perkenal AJIRISE, inovatif industri makanan
“Projek ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,050 atlet pelajar yang telah diberikan pendidikan mengenai pemakanan sukan.
“Ia menerusi ceramah pendidikan, penyediaan hidangan menerusi program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi, poster dan sudut maklumat yang disediakan Ajinomoto,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ajinomoto berharap kerjasama antara KPM dan sekolah sukan kebangsaan akan terus memberi manfaat kepada lebih banyak atlet pelajar melalui pemakanan seimbang dan pengambilan diet lebih sihat.
“Ajinomoto akan terus menyokong dan menyumbang kepada peningkatan semangat sukan Malaysia dalam mencapai ‘Kemenangan’ dengan menggalakkan atlet muda untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

