- Pastikan hanya telur segar digunakan untuk membuat kek atau biskut. Uji kesegaran telur dengan meletakkan telur ke dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam ke dasar, bermakna telur masih segar.
- Telur yang masih segar, warna kulitnya cerah. Telur yang sudah agak lama, sedikit kusam dan timbul bintik-bintik hitam.
- Untuk membuat biskut jangan gunakan telur bersaiz AA kerana kandungan cecair yang berlebihan akan membuatkan doh lembik. Cukup sekadar telur saiz B.
- Jika ingin kek gebu dan ringan, pukul telur sehingga kembang. Untuk mengetahui telur yang dipukul sudah cukup gebu, senduk adunan dan terbalikkan. Jika ia sudah cukup gebu, adunan tidak akan jatuh.
- Keluarkan telur sekurang-kurangnya 30 minit dari peti ais sebelum digunakan. Untuk menstabilkan suhu.
- Untuk mengurangkan bau hanyir telur, campurkan sedikit esen vanila atau boleh juga membuang tali pusat telur.
- Kuning telur dan putih telur mudah dipisahkan jika telur sejuk. Telur juga membantu struktur dan kestabilan dalam adunan biskut dan kek.
- Ingat, apabila memukul putih telur, mulakan pada kelajuan perlahan terlebih dahulu dan tambah tahap kelajuan hingga adunan gebu dan ringan.
- Jangan simpan telur terlalu lama di dalam peti sejuk, kerana telur akan menjadi ringan.
- Telur diibaratkan sebagai sumber penaik dalam pembuatan kek span kerana sel-sel udara terperangkap di dalam buih-buih telur dan akhirnya mengembangkan tekstur kek apabila dibakar.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

