KUALITI udara terutama di kawasan Lembah Klang terus berada di paras tidak sihat setakat pukul 11 pagi tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 15 kawasan seluruh negara memperlihatkan kualiti udara tidak sihat dengan indeks pencemaran undara (IPU) melebihi 101.
Setakat pukul 11 pagi tadi, Cheras dan Nilai merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 163.
Seremban pula mencatatkan bacaan IPU sebanyak 158 manakala Shah Alam dan Banting merekodkan 156.
Kualiti udara di tiga kawasan iaitu Petaling Jaya, Putrajaya dan Port Dickson turut berada dalam keadaan tidak sihat iaitu 155.
Batu Muda di Kuala Lumpur, Bukit Rambai di Melaka dan Johan Setia di Selangor pula memperlihatkan bacaan IPU 152.
Baca artikel berkaitan: IPU di Cheras, Shah Alam, Nilai kekal tidak sihat
Sementara itu IPU di Taiping mencatatkan bacaan 148 diikuti 146 di Klang, Alor Gajah (139) dan Seberang Jaya (106).
Sebanyak 47 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana.
Hanya enam kawasan menunjukkan bacaan IPU baik dengan empat berada di Sabah iaitu Kimanis (19); Sandakan (42); Kota Kinabalu (45) dan Keningau (49).
Wilayah Persekutuan Labuan dan ILP Miri di Sarawak pula masing-masing mencatatkan 45 dan 50.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

