BACAAN indeks pencemaran udara (IPU) bagi tiga kawasan iaitu Cheras, Shah Alam dan Nilai kekal berada dalam keadaan tidak sihat setakat pukul 9 pagi tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di ketiga-tiga kawasan itu terus menunjukkan bacaan tidak sihat sejak pagi semalam.
Sehingga pukul 9 pagi tadi, Cheras merekodkan bacaan tertinggi iaitu 152 diikuti Nilai (135) dan Shah Alam 114.
Sementara itu, kualiti udara di 60 kawasan seluruh negara pula berada pada kadar sederhana.
Hanya lima kawasan berada dalam keadaan baik dengan tiga berada di Sabah dan dua di Sarawak.
Baca artikel berkaitan: 10 kawasan catat kualiti udara tidak sihat, Cheras 154
Di Sabah, Kimanis merekodkan bacaan terbaik iaitu 31 sementara Sandakan berada pada kadar 39 dan Tawau 50.
Sibu dan Miri di Sarawak turut mencatatkan kadar kualiti udara yang baik iaitu masing-masing merekodkan 48 dan 50 setakat pukul 9 pagi tadi.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

