Kuartet 4×100 meter negara lolos ke final Sukan Asia

Dari Penulis

KUARTET 4×100 meter (m) lelaki negara beraksi dengan baik untuk meloloskan diri ke pusingan akhir Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, pada pagi ini.

Gandingan bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menampilkan larian bertenaga untuk mencatatkan 39.40 saat (s) pada saringan 1 pusingan pertama.

Catatan itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang kuartet tuan rumah Chen Guanfeng, Xie Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng yang mencatatkan 38.62s dan Korea Selatan (38.75s) dibarisi Lee Jeontae, Kim Kukyoung, Lee Jaeseong dan Park Wonjin.

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium.

Baca artikel berkaitan: Muhammad Azeem raih gangsa 100 meter, tamatkan penantian 41 tahun

Catatan hari ini, sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan 39.09s yang dibuat oleh Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail di Sukan SEA Hanoi, pada Mei 2022.

“Bagi saya, larian ini belum 100 peratus sempurna kerana ini merupakan kali pertama kami lari bersama pada tahun ini, tetapi kami semakin bertambah baik. Kami belum berpuas hati untuk larian hari ini, saya percaya esok kita boleh buat yang lebih baik.

“Rancangannya untuk kekal fokus dan mendapat rehat yang cukup untuk berada dalam keadaan yang baik, supaya kami dapat catatkan masa yang baik untuk negara kita,” kata Muhammad Azeem yang meraih gangsa acara 100m dua hari lepas.

Final acara itu dijadualkan pada 9.25 malam, esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This