Tular pencuri besi dipukul orang awam, polis sahkan suspek terlibat telah dituduh

Dari Penulis

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam kejadian tular seorang pencuri dipukul kerana mencuri besi di sebuah kedai Jalan Stephan Yong, Batu Kawa dekat Padawan pada 25 Ogos lalu telah dituduh di Mahkamah.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1056

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya telah mengesan hantaran tular dengan kapsyen “Mengacu senjata api @ senapang patah dengan tujuan menakut-nakutkan boleh tak disabit kesalahan jenayah?” pada 9 malam kelmarin.

Beliua berkata, suspek yang dipercayai mencuri besi di sebuah kedai telah ditahan orang awam dengan bantuan seorang pengawal keselamatan.

“Kedua-dua pihak terlibat telah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek terlibat telah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Katanya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menggelirukan orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This