Pestabola Merdeka pentas Pan Gon pilih pemain ke Piala Asia

Dari Penulis

SAINGAN Pestabola Merdeka 2023 menjadi medan penting buat Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon bagi memilih barisan pemain terbaik negara yang akan menggalas cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat perubahan yang banyak dalam senarai barisan pemain, sebaliknya mereka perlu membuktikan prestasi cemerlang untuk membawa nama Malaysia di Qatar kelak.

“Jadi pentas ini (Pestabola Merdeka 2023) cukup penting bagi mereka (pemain). Jadi saya fikir bagi kami, kami tidak boleh melakukan banyak perubahan (ke atas pemain) kerana bagi saya, saya tidak bergantung hanya kepada satu aksi perlawanan, kerana kadang-kadang dalam satu atau dua perlawanan, prestasi pemain boleh menurun.

“Tetapi kami buat penilaian secara umum, jadi mereka harus mempamerkan karektor yang baik dan memahami aspek teknikal…Kami tidak menolak pemain hanya kerana tidak beraksi dengan baik dalam satu perlawanan dengan menggantikannya dengan yang lain, itu bukan cara saya, ia bukan langkah yang betul untuk membangunkan pemain,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang akan membuka tirai pada 13 Okt ini.

Skuad Harimau Malaya akan membuat penampilan di pentas Pestabola Merdeka 2023 bersama India, Tajikistan dan Palestin dari 13 hingga 17 Okt ini sebelum memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pada November dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This