Pan Gon tak jujur, FAM jadi mangsa, kata Hamidin

Dari Penulis

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendakwa bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Kim Pan Gon bersikap tidak jujur berhubung peletakan jawatannya bulan lepas.

Hamidin berkata, beberapa hari sebelum pemergian Pan Gon, jurulatih dari Korea Selatan itu sering mendesak untuk meninggalkan pasukan atas alasan masalah keluarga.

Bagaimanapun, beliau berkata tanpa pengetahuannya pengendali berusia 55 tahun itu telah berbincang dan bersetuju untuk menyertai kelab Korea Selatan Ulsan HD FC.

“Apa yang mengecewakan saya, dia (Pan Gon) buat sidang media kata ada beberapa perkara (antaranya) tak dapat pelepasan pemain yang saya rasa dia ambil kesempatan untuk pergi.

“Akhirnya saya dapat satu panggilan telefon mengatakan dia sudah berurusan dengan Ulsan HD sebelum itu, jadi ini kisahnya, di sini dia tak profesional.

Baca artikel lain: Hamidin terkilan Pan Gon letak jawatan

“Sedihnya FAM menjadi mangsa di sini, kerana dapat tawaran tinggi dia tinggalkan dan beri alasan tak betul. Di sini FAM tak boleh dipersalahkan, kita dah menjaga dia sebaiknya,” kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata FAM tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Pan Gon antara lain kerana mengenang jasanya kepada pasukan negara.

“Saya pun kenang jasa dia, jadi FAM pun berlembut hati, kalau ikut dari segi profesional, kita boleh minta pampasan untuk satu setengah tahun…hanya kekecewaan saya dia tak nyatakan kebenaran, dia patut lebih terbuka,” kata Hamidin.

Bulan lepas, Pan Gon meletakkan jawatan atas sebab peribadi selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Kira-kira dua minggu kemudian, Pan Gon dilantik sebagai ketua jurulatih Ulsan HD.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This