Prestasi ternakan optimum perlu untuk penuhi permintaan pasaran

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERANAN makanan ternakan dalam pembangunan dan kemampanan industri ternakan global menjadi satu daripada fokus dalam Persidangan Antarabangsa Pemakanan Haiwan Ternakan (ICAN) 2023.

Pengerusi Lembaga Pengelola Institut Penyeldikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Azman Ismail berkata, prestasi ternakan yang optimum mesti dicapai dalam usaha memenuhi permintaan global daging, susu dan telur.

Jelas beliau, untuk mencapai objektif tersebut, langkah mempercekapkan makanan untuk haiwan ternakan dalam negara perlu dipertingkatkan.

“Strategi dari segi pemakanan atau nutrisi ternakan boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini termasuklah dengan menggunakan bahan makanan yang sangat mudah dihadam dan berkualiti tinggi.

“Antaranya seperti kacang soya dan tepung ikan untuk sumber protein dan jagung untuk sumber tenaga,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian ICAN 2023 yang bertemakan “Strategi Pemakanan Untuk Meningkatkan Kecekapan Makanan Dan Keselamatan Makanan” .

Baca juga: AMAF Ke-45: Malaysia-Brunei bincang potensi kerjasama dalam ternakan udang

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, ternakan menyumbang 40 peratus daripada nilai global pengeluaran pertanian dan menyokong mata pencarian, keselamatan makanan dan pemakanan hampir 1.3 bilion orang.

Jelas beliau, permintaan untuk protein haiwan di seluruh dunia juga terus meningkat setiap tahun di mana Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menganggarkan bahawa pada tahun 2050 permintaan untuk makanan akan meningkat sebanyak 60 peratus dan pengeluaran protein haiwan dijangka meningkat sekitar 1.7 peratus setahun.

Menurut Dr Azman, menyedari kepentingan protein sumber haiwan, pengeluaran ternakan perlu dilakukan secara mampan dan cekap terutamanya dalam dunia hari ini yang menghadapi pelbagai cabaran.

“Pemakanan haiwan yang baik dan mencukupi sangat penting untuk meningkatkan produktiviti ternakan. Kelestarian diet haiwan juga sangat penting dalam pembangunan pengeluaran ternakan di seluruh sistem pengeluaran.

“Untuk ini, FAO telah mengembangkan konsep diet haiwan Lestari (StAnD) yang dapat didefinisikan sebagai diet yang seimbang dalam semua nutrien, bebas dari komponen berbahaya, memenuhi objektif pengeluaran, menghasilkan produk haiwan yang selamat untuk dimakan oleh manusia,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Dr Azman telah menyampaikan surat pelantikan kepada lapan penternak yang sudah menghasilkan anak ayam Saga.

Berikut senara penerima surat pelantikan tersebut:
a) Zon Selatan – AGROFARM SAHABAT GADEK
b) ZonTengah – JASAJAYAAGROFARM
c) Zon Utara – PERSADA NIAGA MAJU ENTERPRISE
d) ZonUtara – MOUNTVALLEYAGRITECH
e) Zon Timur – LADANG RAKYAT TERENGGANU
f) Zon Timur – DANA STESEN MARDI MUADZAM SHAH
g) ZonSarawak – EMHORNBILL
h) Zon Sabah – DVS BANTAYAN BREEDER FARM

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This