Perlis sesuai laksana projek tenaga solar – Dr Mahathir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CUACA di Perlis yang sering kali panas sesuai untuk dilaksanakan projek tenaga solar secara besar-besaran.

Pandangan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu, semalam.

Menurut Dr Mahathir yang juga Penasihat State-Govenment 4 (SG4), Perlis sebenarnya mempunyai kelebihan dan aset yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi walaupun tidak menonjol dan sumber pendapatan yang terhad.

Katanya, SG4 memberi tumpuan kepada peningkatan kegiatan ekonomi dan pelaburan ke empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) melalui bidang kuasa sedia ada negeri serta sumber dan aset negeri.

“Saya juga dimaklum sudah ada industri perubatan dan farmaseutikal bertapak di Perlis.

“Begitu juga hasil tani seperti buah mangga harum manis yang mendapat permintaan tinggi bila tiba musimnya. Selain itu hutan, bukit dan gua turut menjadi produk pelancongan tempatan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau pernah mencadangkan supaya negeri itu mengusahakan tanaman pokok jati mengambil kira nilainya yang tinggi.

Beliau memberitahu, Kedah dan Perlis dilihat sesuai untuk menanam pokok jati, cuma cara penanaman yang diusahakan itu disifatkan sebagai tidak kena dan perlu diperbetulkan semula.

“Jadi cara tanam perlu diperbetul semula sebagai contoh tanaman pokok jati terbaik adalah di Langkawi kerana ia ditanam dengan jarak sesuai dan semua orang tahu kayu jati ini tinggi nilainya.

“Ranting pokok sahaja pun jika diukir jadi hulu tongkat ada harganya dan saya pernah bawa tongkat buatan Malaysia ke Amerika.

“Saya tunjuk kepada salah seorang peruncit terbesar dan dia membelek ukiran pada tongkat itu dan berminat kemudian dibuat ‘trial order’ sebanyak 10,000 unit, “katanya.

Baca artikel berkaitan: Kelantan boleh tarik pelaburan jika sedia kemudahan asas baik – Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata, sekiranya kerajaan negeri dalam kalangan SG4 ini sentiasa fokus dan bersungguh dalam menjana pendapatan negeri, maka industri kayu jati ini pun mampu memberi pulangan keuntungan kepada negeri.

“Apa yang penting ialah bagaimana cara kita tingkat kebolehan dan kembangkan aset sedia ada,” katanya.

Dalam pertemuannya bersama Mohd Shukri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lain semalam, beliau mengakui ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini, masanya agak terhad untuk melihat perancangan setiap negeri kerana tumpuannya ketika itu adalah kepada negara secara keseluruhannya.

“Masa terhad untuk lihat setiap satu negeri dan pembangunan di setiap negeri dipertanggungjawab kepada negeri dan jentera pentadbiran negeri.

“Sekarang selepas tidak lagi jadi Perdana Menteri dan dijemput menasihat SG4 ini, saya akui ada banyak masa dan boleh bantu beri tumpuan kepada hal berkait ekonomi dan pelaburan di SG4.

“Insya Allah kerjasama antara SG4 ini dapat meningkat pelaburan dan akhirnya beri manfaat kepada pembangunan dan hasilnya nanti dinikmati rakyat negeri ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This