Saman Goldman Sachs: Kerajaan respons ikut perundangan

Dari Penulis

KERAJAAN akan memberi respon mengikut rangka kerja undang-undang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara terhadap tindakan Goldman Sachs mahu menyelesaikan pertikaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara timbang tara.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs ini kerana kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Bagaimanapun susulan perkembangan terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia bersedia untuk memberikan respon terhadap perkara itu dan memastikan proses ini dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” kata Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) (pemulihan aset), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Baca artikel berkaitan: Goldman Sachs saman Malaysia isu penyelesaian skandal 1MDB

Bloomberg melaporkan bahawa Goldman Sachs Group Inc menyaman Malaysia di mahkamah United Kingdom ketika berlaku percanggahan mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya dalam skandal dana pelaburan 1MDB.

“Kami memfailkan timbang tara terhadap kerajaan Malaysia kerana melanggar kewajipannya untuk mengkreditkan aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami dan untuk mendapatkan semula aset lain,” laporan itu memetik seorang jurucakap bank yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This