SPRM dalam proses bawa pulang aset 1MDB termasuk lukisan Pablo Picasso

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses membawa pulang aset-aset bernilai tinggi yang berkaitan dengan usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, SPRM ketika ini sedang menilai keperluan logistik serta kos yang terlibat bagi membawa pulang aset-aset berkenaan.

“Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui penghantaran, manakala aset yang berada di bawah jagaan Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat (AS), khususnya melalui kerjasama dengan USDOJ.

“Kos membawa pulang aset-aset ini adalah tinggi kerana ia memerlukan ruang penyimpanan khas, pemeriksaan berkala, rawatan konservasi serta penyelenggaraan berterusan selain memerlukan koordinasi yang rapi dengan agensi penguatkuasaan asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemulangan aset-aset ini telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB serta hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu.

Baca artikel lain: Agong berangkat ke UAE atas jemputan khas Presiden

Dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo dipegang Christie’s dan Sotheby’s Auction House AS antaranya Pablo Picasso (1961), L’Ecuyere et les clowns; Joan Miró (1953), Composition; William H. Bailey (b. 1930), Still Life; Alexander Calder (1898–1976), Studies for Sculpture; dan Henri Matisse (1869–1954), Femme Assise yang kesemuanya bernilai melebihi USD30 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi memberitahu, pihaknya masih meneruskan pengesanan dan siasatan ke atas pelbagai kategori aset, termasuk hartanah, aset kewangan dan aset bernilai tinggi melibatkan jurisdiction berbeza.

Beliau turut memaklumkan, terbaharu siasatan turut melibatkan individu (Casey Tang) yang dikaitkan dengan kesalahan 1MDB yang memiliki kediaman mewah di luar negara serta penyelewengan melibatkan firma guaman luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This