POLIS kini memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun di sebuah kawasan kediaman dekat Subang Jaya, pukul 9.30 malam semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1154
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan bersenjata sebilah parang telah cuba merampas Toyota Camry milik mangsa.
“Bagaimanapun suspek gagal selepas mangsa mula melawan.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengekori mangsa yang baru pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa mengalami luka di pipi akibat daripada pergelutan itu.
Katanya usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Faiz Naufal Zakarian di talian 019-485 8907.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

