HUTANG dan liabiliti negara menjangka RM1.5 trilion atau 82 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, bayaran khidmat hutang sahaja dijangka mencatat RM46.1 bilion atau 15.2 peratus daripada hasil pada 2024.
Beliau berkata, kerajaan akan dapat mengembalikan kedudukan fiskal negara yang mampan hanya dengan mengurangkan defisit dan tanggungan.
“Seharusnya kebijakan ekonomi terarah kepada pertumbuhan dan pemerataan ekonomi. Namun, apa yang berlaku adalah jumlah subsidi
besar yang memberi manfaat kepada golongan kaya.
“Adalah diharapkan dengan memperbaiki ketirisan subsidi, hasil dapat diagihkan kepada rakyat termasuk kenaikan upah golongan pekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Baca juga: PM tiba di Dewan Rakyat bentang Belanjawan 2024
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

