PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Rakyat untuk membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI sebentar lagi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan membawa beg dokumen Belanjawan 2024 berwarna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ merupakan hasil tangan seorang pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan.
Beliau sebelum itu membawa beg dokumen tersebut meninggalkan Kementerian Kewangan pada pukul 3.13 petang untuk ke Parlimen.
Ahli Parlimen Tambun itu tiba di Dewan Rakyat kira-kira pukul 4 petang tadi.
Segak berbaju Melayu berwarna ungu bersamping, Anwar turut diiringi isteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.
Perdana Menteri sebelum ini memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan sedaya upaya meringankan beban golongan miskin dan susah termasuk M40.
Baca artikel berkaitan: Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dinanti-nantikan seluruh rakyat
Pada masa sama, Anwar juga menekankan bahawa sektor pendidikan dan kesihatan tetap menjadi keutamaan dalam peruntukan tahun hadapan itu.
Belanjawan 2024 merupakan bajet kedua Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Ahli Parlimen Tambun itu.
Pada Februari lalu, Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 membentangkan Belanjawan 2023 ‘Membangun Malaysia Madani’ yang menumpukan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad.
Belanjawan pertama dibawah Kerajaan Perpaduan itu memperlihatkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

