PERUNTUKAN Persekutuan bagi pembangunan Sarawak akan ditingkatkan kepada RM5.8 bilion manakala RM6.6 bilion untuk Sabah untuk tahun hadapan.
Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu meningkat berbanding RM5.6 bilion untuk Sarawak dan RM6.5 bilion kepada Sabah untuk tahun ini.
“Di bawah Kerajaan Perpaduan, usaha menzahirkan kesepakatan yang dicapai pemimpin terdahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah direalisasikan.
Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2024: RM28 juta diperuntukkan untuk platform MYStartup
“Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak,” katanya.
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan itu menyaksikan sebanyak RM393.8 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet yang dinyatakan sebelum ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Pemberian Khas interim untuk Sarawak dan Sabah juga telah dinaikkan kepada RM300 juta berbanding hanya RM16 juta untuk Sarawak dan RM125.6 juta kepada Sabah sebelum ini.
“Kali terakhir kajian semula Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing pada 1969 dan 2022,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

