Belanjawan 2024: RM28 juta diperuntukkan untuk platform MYStartup

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBANYAK RM28 juta disediakan bagi membangunjan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula di samping mempermudah aktiviti perniagaan sepanjang kitaran hayat mereka.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif tersebut sekaligus akan mengoptimumkan dana sebanyak RM200 juta di bawah pelbagai agensi pembiayaan dan modal teroka di bawah satu platform.

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV seperti ekonomi digital, teknologi angkasa serta elektronik dan elektrikal (E&E).

“Langkah ini bagi mengantarabangsakan syarikat pemula tempatan dan meningkatkan daya saing mereka bagi menembusi pasaran serantau,” katanya.

Baca juga: Belanjawan 2024: RM2.8 bilion untuk selenggara jalan, jambatan Persekutuan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta kepada MyCIF bagi tempoh tiga tahun bagi melengkapi kerjasama
dengan inisiatif keterjaminan makanan, alam sekitar, masyarakat dan juga Majlis Agama Islam Negeri.

Katanya, inisiatif itu adalah untuk membuka peluang pembangunan aset wakaf untuk tujuan kesihatan, pendidikan, dan perusahaan asas tani.

Anwar berkata, galakan cukai kepada pelabur individu yang melabur dalam syarikat pemula melalui platform pendanaan awam ekuiti (ECF) akan turut diperluas kepada pelabur individu melalui syarikat nomini Perkongsian Liabiliti Terhad serta dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026.

Tambah beliau, galakan cukai pelabur mangkin (angel investor) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026 bagi menggalakkan pendanaan modal dalam syarikat pemula teknologi.

“inisiatif ini bagi menyokong pendanaan modal kepada syarikat pemula,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This