Belanjawan 2024: Tempoh proses pensijilan halal dipendekkan kepada 30 hari

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari.

Katanya, Halal Development Corporation (HDC) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal.

Katanya lagi, penganjuran Malaysia International Halal Showcase ke-19 telah merekodkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada sasaran.

“Pameran halal terbesar dunia ini telah memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara.

Baca artikel lain: Belanjawan 2024: RM28 juta diperuntukkan untuk platform MYStartup

“Selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus kepada KDNK menjelang 2030.

“Sebanyak sembilan institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada penutupan, Hospital Segamat beroperasi seperti biasa

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat bakal ditutup pada 1...

More Articles Like This