SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik usaha kerajaan bagi memperkasa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan membanteras jenayah scam menerusi pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, Belanjawan 2024 itu dilihat sebagai belanjawan yang mampu memacu negara ke arah menjadi sebuah negara berinovasi, berteknologi tinggi dan memperkasa ekonomi digital.
Menurut beliau, peruntukan sebanyak RM25 juta bagi memperkasa PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diyakini dapat meningkatkan penjanaan pendapatan.
Pada masa sama, beliau berkata, ia juga mampu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Ketika ini terdapat 911 kemudahan PEDi yang beroperasi sebagai satu platform sehenti untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Peruntukan kepada PEDi ini bukan sahaja akan dapat membantu memperkasa golongan usahawan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi mereka bahkan juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: MCMC sekat 3,150 kandungan berunsur penipuan
Sementara itu, Mohamad Salim berkata, MCMC turut menyokong kerajaan dalam memperkasa fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi penambahan peruntukan RM20 juta bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian atau scam.
“MCMC juga sentiasa mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran berhubung jenayah scam.
“Sehubungan itu, keterlibatan MCMC dalam NSRC adalah penting bagi membangunkan masyarakat berpengetahuan dalam dunia siber,” katanya.
MCMC turut mengalu-alukan peruntukan besar berjumlah RM100 juta daripada kerajaan ke arah memupuk penggunaan pendigitalan dalam kalangan 20,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Jelasnya, usaha itu menandakan satu langkah ke arah meningkatkan kualiti perniagaan untuk setiap PMKS ketika mereka memperluas perniagaan ke arah model perniagaan digital.
“MCMC akan terus komited untuk memastikan agenda pertumbuhan ekonomi digital negara dapat memperkasa rakyat ke arah literasi digital yang tinggi menjadi antara fokus utama selaku pegnawal selia komunikasi dan multimedia negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

