Xiumin Exo, Bobby iKON gegar 9WAVE Music Festival, cepat tandakan pada kalendar anda tarikh 11 November ini!

Dari Penulis

DUA bintang popular Korea Selatan, Xiumin Exo dan Bobby iKON bakal menggegarkan pentas Surf Beach Sunway Lagoon menerusi Festival Muzik 9Wave pada 11 November depan.

Kehadiran dua nama besar dunia muzik K-Pop ini juga akan disertai kumpulan gadis sensasi, (G)I-DLE, pemuzik serba boleh, Henry Lau, pemuzik muzik elektro, Shaun dan bintang popular, Hyoyeon dari SNSD.

Dalam satu kenyataan, penganjurnya, Nine XTraw berkata, festival tersebut akan menjadi pentas merayaan muzik dan budaya K-Pop yang mengasyikkan dengan menghimpunkan peminat dari seluruh Malaysia dan negara serantau.

Malah konsert anjuran bersama Skyline Entertainment ini juga menjanjikan malam muzik yang tidak akan dilupakan oleh peminat yang hadir meraikan bintang-bintang tersohor dunia K-Pop.

“Jualan tiket sudah dibuka bermula pada harga RM268 (general) sehingga RM8,888 (VIP duduk). Tiket zon duduk VIP itu dibuka hanya untuk enam pembeli sahaja. Tempat duduk serta jamuan makan disediakan khusus untuk enam pembeli bertuah.

“Dalam pada masa sama, tiket-tiket lain dijual pada harga RM588 (parti), RM788 (wave), RM1,088 (VIP stand) dan RM7,888 (VIP duduk). Kami juga memberikan potongan harga lebih murah berbanding jualan awal terdahulu,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berhubung festival dan pembelian tiket boleh melayari www.9wavemusicfestival.com dan premier.ticketcharge.com.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This