Hormat situasi Palestin-Israel, MTV EMAs 2023 dibatalkan

Dari Penulis

ANUGERAH Muzik Anugerah Muzik MTV Europe Music Award (MTV EMA) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Paris pada 5 November depan dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza ketika ini.

Penganjurnya, Paramount Global menjelaskan penganjuran pesta muzik tahunan itu pada masa ini bukan waktu sesuai dengan konflik peperangan yang berlaku di Gaza dan Israel.

“Ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.

“Perang yang berlaku masa kini mengakibatkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Kita juga perlu mengutamakan keselamatan staf, kru, artis, tetamu dan peminat yang datang dari seluruh penjuru dunia untuk merealisasikan acara muzik berprestij ini,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, difahamkan penganjuran semula anugerah berkenaan akan diadakan pada November tahun hadapan.

“Undian terus dibuka dan pemenang edisi kali ini tetap menerima trofi mereka. Kami berharap dapat jadi tuan rumah MTV EMA lagi pada November 2024,” katanya.

Sebelum ini, Paramount Global mengumumkan senarai lengkap pencalonan artis antarabangsa dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun pada awal bulan ini.

Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.

Swift mendahului senarai pencalonan dengan menerima tujuh pencalonan, termasuk kategori Artis Terbaik, Lagu Terbaik dan Video Terbaik menerusi lagu ‘Anti-Hero’.

Turut diumumkan bakal membuat persembahan pada malam kemuncak itu adalah Sabrina Carpenter, Coi Leray, David Guetta, Anne Marie, Manuel Turizo, Ozuna, Rema, Renee Rapp, Sabrina Carpenter, 30 Seconds to Mars, The Kid Laroi dan anggota kumpulan K-pop popular BTS, iaitu Jungkook.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This