Siti Bainun sekali lagi gagal tangguh hukuman penjara 

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan itu, hari ini. 

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati alasan-alasan yang dikemukakan dalam permohonan yang difailkan oleh Siti Bainun selaku pemohon tidak terjumlah kepada keadaan khas atau luar biasa. 

“Pemohon telah disabitkan oleh hakim Mahkamah Sesyen yang turut menolak permohonan yang serupa ini dengan alasan- alasan yang mahkamah ini bersetuju dengannya,”

 “Oleh itu, permohonan pemohon untuk gantung hukuman ditolak,” kata hakim itu dalam penghakimannya. 

Antara alasan yang dikemukan oleh Siti Bainun dalam permohonannya adalah rayuan terhadap sabitan dan hukuman telah difailkan oleh pemohon; kes itu adalah kesalahan pertama pemohon; pemohon tidak pernah melanggar syarat jaminan dan tidak pernah melarikan diri; pemohon mempunyai masalah kesihatan. 

Selain itu, pemohon menanggung ibu yang tua dan sakit; pemohon bergiat aktif dalam kerja amal; pemohon seorang wanita; pemohon menjaga dan menanggung seorang kanak-kanak bernama Luth Aryan Abdul Qayyum;  dan pemohon menyatakan rayuannya mempunyai merit, melibatkan perkara yang rumit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

Kesemua alasan itu menurut Ahmad, tidak

mempunyai merit untuk menyokong permohonan Siti Bainun untuk menggantung sementara hukuman penjara yang dihadapinya. 

Sebelum ini pada 3 Mei lalu, permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella pada tiga tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Izralizam Sanusi mendengar hujahan pasukan pembelaan dan pendakwaan terhadap permohonan penangguhan hukuman berkenaan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This