“Jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing”- Shakilla Khoiri tak senang tengok mulut anak kena tekup dalam foto nikah Fizi Ali 

Dari Penulis

TIMBUL rasa kurang senang pelakon Shakilla Khoiri apabila mulut anaknya ditekup oleh anak perempuan isteri baharu bekas suaminya Fizi Ali di dalam foto perkahwinan mereka.

Menurut Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, berkata, dia ada bertanya mengenai perkara itu kepada Fizi namun masih belum mendapat sebarang balasan daripada penyampai radio tersebut.

“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok… Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya.

“Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” ujarnya kepada mStar.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, telah mengumukan pernikahannya bersama wanita pilihan hati iaitu Siti Zulaikha, 30, pada pagi Isnin.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.

Sementara itu, menurut Shakilla dia terkejut apabila menerima berita perkahwinan Fizi memandangkan mereka baru bertemu kerana Fizi mahu mengambil anak mereka.

“Tapi tidak pula dia beritahu nak nikah pada Isnin cuma memaklumkan mahu ambil anak

sebab nak pergi taman tema air.

“sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya… Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” katanya.

Jelas Shakilla lagi, dia mengetahui Fizi sudah dalam fasa bercinta namun tidak diberitahu mereka akan berkahwin dalam masa

terdekat.

Bagaimanapun aktres drama ‘Adam & Hawa’ itu tetap mendoakan kebahagiaan Fizi bersama isteri namun berharap tidak menyakiti perasaan anak mereka.

Ini kerana Ameena sering berkongsi pelbagai perkara kepadanya dan ia turut diakui sendiri oleh penyampai radio Hot FM itu.

“Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.

“Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla telah berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This