KONFLIK keluarga penyanyi Shila Amzah berkenaan isu rumah banglo sehingga kini masih lagi mencuri perhatian orang ramai.
Terbaharu, terdapat pula isu kucing peliharan yang terlalu banyak di rumah tersebut sehingga didakwa menjadi beban kewangan kepada keluarga itu.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), adik kepada penyanyi itu, Syada Amzah memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari mana-mana individu yang berminat untuk membela kucing peliharaannya.
“Sesiapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak. Yang tak kisah warna atau umur boleh mesej saya, yang serius sahaja tau.
“InsyaAllah hujung November atau awal Disember lepas siap renovasi,” tulisnya.
Sebelum ini, Shila mendakwa bahawa jumlah haiwan tersebut sudah pun bertambah sebanyak 50 ekor dan dipercayai di tempatkan di banglo keluarganya di Hulu Langat.
Namun Syada menafikan dakwaan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (IG) miliknya hari ini.
“Disclaimer, i dont have 50 cats,” jelasnya.
Shila, turut mendakwa sebelum ini terdapat 10 ekor kucing telah dibawa masuk ke kediaman itu oleh kekasih adiknya, Amir Syafiq.
Susulan itu, pelantun lagu ‘Memori Tercipta’ tersebut memaklumkan kepada ibunya untuk tidak membawa kesemua kucing peliharaan milik mereka ke kediaman baharu mereka nanti.

