Siri 2: Bumi perjuangan umat Islam sepanjang zaman

Dari Penulis

Berbalik merungkaikan Palestin sebagai bumi barakah, apa yang berlaku di Palestin sehingga hari ini adalah sesuatu yang telah ditentukan Allah sejak dahulu lagi. Umat Islam harus yakin bahawa apa yang berlaku itu ialah qada’ dan qadar Allah untuk menjadikan Palestin sebagai bumi perjuangan umat Islam sepanjang zaman.   

Hal ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. Muawiyah bin Abi Sufyan berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata,

“Sentiasa akan ada sekelompok daripada umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah.”

Artikel berkaitan: Siri 1 disebabkan keberkatannya siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia

Malik bin Yakhamir menyahut: Muadz bin Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam. Muawiyah berkata,

“Lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa dia telah mendengar Muadz bin Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam.”

Menjelaskan negeri Syam yang disebutkan dalam hadis berkenaan merujuk negara Palestin.   Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Umamah apabila berkata,

“Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah   keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah”. Maka para sahabat bertanya,

“Di manakah mereka?” Jawab Rasulullah, “Di Baitul Maqdis.”.

Bumi Hijrah umat Islam

Dalam masa yang sama, keberkatan Palestin itu juga dilihat apabila diangkat sebagai bumi  hijrah umat Islam di akhir zaman. Hal ini bersandarkan hadis daripadaAbdullah bin Amru bin Ash berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w  bersabda,

“Akan terjadi hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tersisa di muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor, dan api akan menggiring mereka bersama para kera dan babi.”  

Selain itu, jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan penaklukan kaum Muslimin di akhir zaman, kemungkinan tegaknya khilafah di bumi Baitulmuqaddis itu terjadi di zaman al-Mahdi.

Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa al-Mahdi kelak Dajjal akan dikalahkan, dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri berada di Bab Ludd-Palestina. Setelah tewasnya Dajjal di tangan nabi Isa a.s. maka kaum Muslimin terus memburu Yahudi di mana pun mereka bersembunyi.

Setiap benda, baik pohon, batu mahupun lainnya akan berbicara dan memberitahukan keberadaan Yahudi yang bersembunyi. Hanya satu jenis pohon yang akan diam dan melindungi Yahudi, iaitu pohon Gharqad, sesungguhnya ia termasuk salah satu daripada  pohon Yahudi. Wallahu a’lam

_________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram




Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This