Paris Hilton berang saiz kepala anak dijadikan bahan ejekan

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal Paris Hilton meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir netizen yang menjadikan saiz kepala bayi lelakinya, Phoenix Barron sebagai bahan lawak.

Paris atau Paris Whitney Hilton sangat kecewa dan berang dengan sikap pengguna media sosial yang bertindak kejam kepada seorang anak kecil yang masih tidak faham dengan keadaan sekeliling.

“Hidup sebagai orang popular, saya tak kisah dikecam tapi menjadikan anak saya sebagai bahan ejekan, itu sangat tidak boleh diterima.

“Segala cemuhan membuatkan hati saya remuk dan tiada perkataan dapat digambarkan betapa sakitnya hati saya,” katanya.

Paris meluahkan rasa amarahnya itu menerusi ciapan di laman sosial X setelah hilang sabar dengan sikap kurang ajar pengguna Internet.

“Kalau saya tak kongsi gambar anak, orang cakap saya bukan ibu yang baik.

“Kalau saya kongsi gambar kepada umum, akan ada sahaja orang yang memilih untuk menjadi kecam dan pembenci.

“Phoenix adalah dunia saya dan sudah lama saya pasang impian nak jadi seorang ibu tapi apabila ini berlaku, saya sangat kecewa,” ujarnya.

Terdahulu, Hilton berkongsi beberapa foto Phoenix yang berusia 10 bulan menerusi Instagram.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang cemuhan dan kutukan netizen yang berasa pelik dengan saiz kepala Phoenix yang dikatakan terlalu besar dan tidak normal.

Hilton berkahwin dengan usahawan yang juga merupakan seorang penulis, Carter Reum pada 2021


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi keselesaan peminat, konsert Homecoming Ella berpindah ke Setia Spice Arena pada 22 Ogos depan

BERITA baik buat pencinta muzik rock tanah air dan peminat tegar Ratu Rock Negara! Konsert berskala besar yang paling...

More Articles Like This