‘A Decade of Wows & Veils’ rangkum perjalanan 10 tahun Shanell Harun, ambil inspirasi ‘Puteri Tujuh’ reka Barangan Kemas XFox Jewels

Dari Penulis

Merangkum perjalanan 10 tahun dengan rekaan kreatif menerusi pertunjukan fesyen ‘A Decade of Wows & Veils’, Shanell Harun ketengahkan 32 persalinan tradisional dan moden secara eksklusif bersama-sama dengan pengenalan logo baharu Shanell Harun.

Menurut Shanell Harun, dedikasi yang ditunjukkan selama ini berkat daripada sokongan dan penghargaan pelanggan sejak hari pertama jenama ditubuhkan.

“Hari ini semuanya tentang perjalanan saya selama 10 tahun di dalam dunia fesyen, merakam kembali jatuh bangun selain menghargai pelanggan dan klien yang setia bersama sejak hari pertama jenama ini muncul sampailah sekarang.

“Tanpa mereka, label Shanell Harun itu sendiri tidak akan sukses sehingga ke hari ini. Saya percaya, kerjasama yang baik akan membawa kepada kepercayaan berterusan. Besar harapan saya agar sokongan ini berterusan sampai bila-bila. Masing-masing saling memerlukan, jadi inilah dedikasi yang saya cuba terjemahkan setelah sedekad berada di dalam industri,” katanya.

Lebih istimewa, pentas ini kali dikongsi bersama barangan kemas XFox Jewels. Mengambil inspirasi kembali ke akar umbi, pemilihan nama ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’ dilihat tepat memandangkan pengasasnya berasal dari Terengganu.

“16 persalinan bertemakan tradisional ini adalah 100% couture dan fabrik yang digunakan kebanyakannya French Lace, chiffon, georgette, sutera dan songket serta dihiasi dengan aksesori barangan kemas daripada jenama berkenaan.

“Saya kira ini rezeki apabila pengasasnya iaitu Datuk Suhaila Semaru dan Datuk Suraya Semaru optimis untuk melakukan projek istimewa ini lalu tercetuslah idea dalam penghasilan koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’,” ulasnya kepada media.

Malah katanya lagi, rekaan ini hadir dengan lapan edisi dengan harga bermula dari RM35,000 sehingga RM55,000.

“Saya ambil cabaran mereka barangan kemas untuk koleksi ini yang mana ia hadir dengan lapan rekaan edisi terhad yang berharga di antara RM35,000 hingga RM55,000 satu set. Untuk malam ini, apa yang dipamerkan berharga lebih RM1 juta keseluruhan.

“Ia merangkumi subang, kalung, gelang dan cincin. Pelanggan yang berminat juga boleh membeli item yang diminati secara berasingan dan diharap boleh memberikan idea kepada pelanggan di luar sana dalam berfesyen.

“Rasa senang untuk melihat padanan busana tradisional kita yang dilengkapi dengan perhiasan barangan kemas sentuhan baru yang tampak ‘classy’ dan mewah berbanding yang terlihat ‘sarat’, seolah-olah semua benda nak dipakai. Kalau boleh saya mahu ubah pandangan skeptikal yang sebegitu,” tambahnya.

Mengambil masa hanya dua bulan untuk menyempurnakan 32 koleksi, A Decade of Wows & Veils’ Shanell Harun turut mendapat sokongan barisan selebriti seperti Ziana Zain, Kilafairy, Nadia Brian, Ernie Zakri bersama Syamel dan Zizi Kirana.

Shanell Harun juga sebelum ini sinonim menghasilkan persalinan indah buat Allahyarhamah penyanyi Rohana Jalil, Maya Matahari dan Siti Sarah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This