Roti John Daging Resipi Chef Amer, Sedap Sangat

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Nak merasa Roti John yang menepati cita rasa ini, memang susah. Kalau terlalu banyak lelehan sos dan mayonis tetapi tidak terasa rempah-ratusnya, pun tak sedap juga. Meh sini..! SAJI kongsikan resipi Roti John Daging airtangan Chef Amer Hamzah. Resipi roti John ini lain dari yang lain. Gabungan rempah ratus segar, menjadikan menu ini sangat istimewa. Mesti cuba!

ROTI JOHN DAGING
BAHAN:
500 gm daging kisar
10 keping bun sosej
2 labu bawang besar – cincang halus
3 ulas bawang putih – kisar
1 cm halia – halus
1 sudu besar cili kisar
1 biji tomato
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging
60 ml air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
½ labu bawang besar – cincang kasar
2 tangkai cili merah – cincang halus
5 tangkai daun sup – cincang kasar
8 biji telur
50 ml susu
Garam dan gula
BAHAN SOS & SALAD
4 sudu besar mayonis
4 sudu besar coleslaw
6 sudu besar sos cili Thai
½ batang timun
Salad
CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga garing.

2.Masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga garing. Masukkan pula tomato cincang, rempah beriani dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan daging kisar, biarkan ia sedikit kecut. Masukkan air, serbuk pati ayam, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kering lebih kurang 15 minit.

4. Di mangkuk lain, masukkan daging yang telah siap dimasak bersama bawang besar dan cili cincang. Diikuti hirisan daun sup.

5. Campurkan adunan dengan telur dan susu. Kacau sebati.

6. Panaskan sedikit minyak di atas kuali leper, curahkan sesenduk adunan dan tekapkan roti di atasnya. Masak seketika, setelah telur masak sempurna, letakkan sos, timun dan salad. Bolehlah hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This