Tiga maut dalam nahas dua kenderaan dekat Serendah

Dari Penulis

TIGA termasuk seorang wanita maut dalam nahas dua buah kenderaan dekat Serendah Golf Resort, Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung pada pagi tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1367

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.06 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Rawang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan Toyota Avanza dan Perodua Axia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Perodua Axia yang dipandu Chan Kwai Hoong, 62, bersama penumpang wanita Soo Yoke Siew, 53, disahkan maut ditempat kejadian.

Tambahnya, Rosihat Lemon, 68, yang berada di dalam Avanza disahkan maut manakala penumpang wanita parah akibat kemalangan itu.

“Mangsa yang parah telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.

“Sementara bomba masih dalam proses mengeluarkan tiga mangsa yang disahkan maut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This