Kefahaman tentang ilmu perlu jadi teras bangun Malaysia MADANI – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kefahaman tentang ilmu perlu menjadi teras dalam membangunkan Malaysia MADANI dan menegakkan syiar Islam.

“Maka tidak kira siapa, semua harus ada kefahaman asas tentang Islam, (selain) untuk menyelamatkan diri dan keluarga tetapi juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan sama ada fahaman barat atau fahaman yang boleh melemahkan kekuatan Islam,” katanya semasa berucap di Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana, malam tadi.

Tazkirah pada malam tadi disampaikan Mudir Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang, Kedah Abdullah Abdul Rahman atau juga dikenali Tuan Guru Abdul Rahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Baca artikel berkaitan: Malaysia terus kerjasama OIC, Liga Arab pantau perkembangan Palestin – PM

Anwar berkata kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Seri Perdana sering mengadakan majlis ilmu secara berkala supaya tradisi budaya ilmu itu dapat dihayati.

Beliau berkata dalam Islam, sekiranya terdapat perbezaan pendapat ia perlu ditangani secara bijaksana dan berhikmah.

Anwar berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kemajuan Islam akan bekerjasama memastikan kefahaman tentang Hadis 40 Imam Nawawi dapat diserapkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“KPM dan menterinya (Fadhlina Sidek) dan menteri agama (Mohd Na’im) akan bersama memastikan semua anak-anak Islam membaca, selain kurikulum ditetapkan, Hadis 40 Imam Nawawi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This