PROJEK pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya yang tular baru-baru ini dilaksanakan di atas jalan persendirian.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan hari ini.
Menurut LLM, projek pembinaan tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa sama ada KKR atau pun LLM.
Katanya, ini kerana projek tersebut berada bukan di jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.
“Jalan tersebut adalah merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK),” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini tular mengenai pembinaan struktur plaza tol di Genting Highlands berhampiran bulan besar Gohtong Jaya.
Susulan daripada itu, LLM memaklumkan tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung projek pembinaan plaza tol tersebut.
Baca artikel lain: Kereta terbakar selepas langgar pembahagi tol, pemandu maut
Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata, pembinaan itu dibuat di atas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan berasakan tidak perlu membuat permohonan kepada kerajaan Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman pula dilaporkan berkata, projek pembinaan plaza tol itu tidak dimaklumkan kepada LLM dan KKR.
Beliau menjelaskan sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu.
Bagaimanapun, katanya, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Kerajaan Negeri Pahang tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

