Dua cedera bas bawa 20 pelancong terbabas rempuh 2 kenderaan di Genting Highlands

Dari Penulis

DUA dilaporkan cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa seramai 20 orang pelancong dipercayai terbabas dan merempuh buah dua buah kenderaan di Kilometer 17.3 Jalan Genting Highlands, dekat Bentong, hari ini. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kedua-dua mangsa yang cedera susulan kemalangan itu melibatkan pemandu bas terbabit dan pemandu sebuah kereta jenis Myvi. 

Katanya, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu berlaku ketika bas persiaran dipandu seorang lelaki dan membawa pelancong warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong dalam perjalanan dari arah Genting Highlands ke Genting Sempah. 

Menurut beliau, bas terbabit dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah Perodua Myvi dinaiki dua wanita dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dijadikan teksi juga ke arah Genting Sempah.

Akibat kemalangan itu katanya, pemandu bas terbabit serta pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan. 

“Semua penumpang bas persiaran, penumpang Perodua Myvi, pemandu dan penumpang teksi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, punca kemalangan itu masih dalam siasatan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This