Selepas Kuala Kangsar, kini Ahli Parlimen Labuan pula isytihar sokong Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, kini seorang lagi wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini.

Suhaili dalam kenyataan menjelaskan, langkah itu diambil setelah mempertimbangkan dengan teliti dan secara terperinci tentang rintihan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Selain itu, kata beliau, rakyat Labuan juga berdepan dengan masalah bekalan air dan bekalan elektrik sejak hampir 15 tahun yang sehingga sekarang masih menemui jalan buntu.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang disifatkannya telah banyak membantu rakyat Labuan menerusi anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bagaimanapun, Suhaili yang juga Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan menegaskan terus kekal setia dengan parti tersebut.

“Mengambil kira atas semua permasalahan rakyat Labuan, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri bermula daripada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bersatu keluar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Mengulas lanjut, Suhaili memaklumkan bersedia berdepan risiko sebarang tindakan disiplin daripada Bersatu berhubung keputusan yang dilakukannya.

Katanya, ia demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi di kawasan itu terbela daripada terus menjadi mangsa keadaan serta ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang.

“Saya dengan ini menyokong dasar-dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa pengisytiharan sokongan ini adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan saya melakukan dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Suhaili memperoleh 8,124 undi selepas mengalahkan Datuk Bashir Alias daripada Barisan Nasional dengan majoriti 708 undi.

Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar dalam usaha meringankan beban rakyat di Kuala Kangsar yang berhadapan peningkatan kos sara hidup.

Beliau juga mahu melihat sama ada Perdana Menteri akan menepati janji berhubung peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen.

Susulan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan kemudiannya mendakwa Iskandar Dzulkarnain telah diugut supaya menyokong kerajaan sekiranya tidak mahu didakwa atas kesalahan rasuah.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang turut mengutuk keras tindakan kerajaan yang didakwa berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi dan ugutan terhadap pemimpin pembangkang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This