TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu lebih berani untuk membuat keputusan dan tidak perlu menjaga hati semua orang.
Baginda bertitah, perkara tersebut amat penting bagi walaupun keputusan itu menerima penerimaan negatif daripada orang ramai memandangkan kepentingan negara perlu diutamakan.
“Memang niat nak buat sesuatu itu ada, tapi dia perlu lebih banyak laksanakan atau berani dalam membuat sebarang keputusan, tak boleh jaga hati setiap orang.
“Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci. Mungkin (Anwar) ambil jalan terlalu selamat,” titah Baginda.
Baginda bertitah demikian dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Baca juga: Sabah ucap tahniah pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Mengulas lanjut, Tunku Ismail berpandangan, Anwar selaku Perdana Menteri juga memerlukan ‘pasukan yang baik’ untuk melaksanakan pentadbiran negara dengan lebih baik.
Tunku Ismail bertitah, Anwar juga mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika mana negara dalam keadaan berhutang dengan kadar yang tinggi.
Dalam pada itu, Tunku Ismail bertitah, kerabat diraja juga boleh untuk memberi pandangan terhadap situasi politik dalam negara selaras dengan sistem diraja iaitu semak dan imbang.
“Apabila kita memberi pandangan, semua orang ada hak masing-masing. Saya juga ada hak untuk memberi pandangan atau idea dalam poltik.
“Saya tidak pernah rasa kekok atau takut hendak bercakap mengenai politik. Apabila kita lihat rakyat tidak mendapat manfaat (daripada politik), ia adalah hak kita untuk mengingatkan atau memberi pandangan,” titah baginda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

