Enggan anggap Hamas pengganas, PM dedah Malaysia terima tata tindak daripada AS

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menerima dua notis demarche atau tata tindak daripada Amerika Syarikat (AS) susulan keengganan negara membantah tindakan Hamas terhadap Israel serta menganggap Hamas sebagai pengganas.

Perkara itu didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dua notis itu telah diterima Kementerian Luar pada 13 Oktober, manakala Timbalan Duta AS di Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Luar, semalam.

Malah, Perdana Menteri berkata, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah dipanggil oleh Jabatan Negara AS pada 18 Oktober.

Katanya, Jabatan Negara AS telah mempersoalkan keputusan Malaysia terhadap permasalahan khususnya keganasan Israel terhadap Semenanjung Gaza di Palestin.

“Duta Besar kita tegas nyatakan pendirian. Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas dan menganggap mereka sebagai pengganas.

“Saya juga terima maklumat melalui Kementerian Luar telah menerima demarche iaitu tata tindak memeinta supaya negara tidak meneruskan dengan pendirian terutama keengganan kita menganggap Hamas sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM ucap tahniah pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang bertanya apakah bentuk ancaman yang diterima Malaysia daripada negara-negara Barat yang menyokong Israel susulan pendirian Malaysia terhadap Palestin.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, keputusan untuk mengetepikan segala keganasan, pencerobohan dan penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin adalah tidak munasabah.

Beliau turut memberi perbandingan dengan tindakan Rusia menakluki sebahagian kawasan penduduk di Ukraine yang pada ketika itu dikecam negara-negara Barat.

“Apabila Israel selama puluhan tahun menjajah wilayah Palestin, itu dianggap sah dan tidak dibantah oleh negara-negara termasuk AS.

“Nelson Mandela dan African Nation Congress (ANC) itu selama puluhan tahun dianggap oleh negara Barat sebagai badan pengganas.

“(Namun), yang mereka lakukan adalah tindakan menentang sikap kejam apartheid yang menjajah Afrika Selatan.

“(Justeru), apa yang dilakukan badan-badan termasuk Hamas adalah membantah penjajahan dan keganasan Israel ke atas Palestin khususnya Gaza. Jadi peranan kita agak konsisten,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This