Lelaki curi Persona dinaiki 6 murid ditahan

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian mencuri sebuah kenderaan dan melarikan enam murid di hadapan sebuah kedai runcit dekat Kampung Pinosuk, Kundasang pada 5 petang semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1456

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan mendakwa sebuah Proton Persona telah dilarikan oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit.

Beliau berkata, kesemua kanak-kanak yang terlibat berjaya diselamatkan oleh orang awam dan polis yang berada di lokasi kejadian.

“Suspek dipercayai cuba mencuri kereta Persona dan dalam masa sama terdapat enam murid dari sebuah sekolah berada di dalamnya.

“Suspek berjaya ditahan dan kejadian itu telah dirakam serta videonya tular di media sosial. Pihak polis juga turut menerima maklumat mengenai video tersebut,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This