LANGKAH untuk menambah kuota minyak masak bersubsidi tidak perlu dilakukan sekiranya inisiatif penyasaran subsidi berjaya dilaksanakan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, fokus utama kerajaan ketika ini adalah menjayakan pelaksanaan penyasaran subsidi.
Jelas beliau, penyasaran subsidi itu akan berjaya dilakukan melalui tujuh langkah yang dirangka sekaligus tidak memerlukan kuota 10,000 (tambahan minyak masak bersubsidi).
Kerajaan tidak perlu menambah kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi jika penyasaran subsidi dilaksanakan.
“Seperti yang kita ketahui kuota rasmi yang dikeluarkan kerajaan 10,000 metrik tan sebulan.
“Dan untuk tambah lagi (kuota pengeluaran) 10,000 metrik tan lagi, kita kerajaan hari ini beri tumpuan kepada penyasaran subsidi.
“Sekiranya kita berjaya lakukan penyasaran subsidi melalui tujuh langkah yang saya katakan tadi…kuota 10,000 (tambahan) tidak diperlukan ketika ini,” katanya.
Baca juga: Anak Hamzah didakwa keluar invois palsu subsidi minyak masak
Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pengeluaran 5,000 tan tambahan minyak masak tanpa direkodkan, Fauziah berkata, audit kini sedang dijalankan dan jawapan akan diperolehi selepas itu.
“Ketika ini audit dalaman sedang dijalankan…saya tak boleh jawab hari ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

