Minggu Solidariti Palestin peringkat KPM berjaya sebar mesej kemanusiaan – Fadhlina

Dari Penulis

MINGGU Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) berlangsung dengan baik dan berjaya menyebarkan mesej mengenai kemanusiaan, keamanan serta kedamaian secara jelas khususnya dalam kalangan murid.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata malah program berkenaan dijalankan mengikut proses yang mengambil kira tahap pemahaman golongan murid mengenai konflik Palestin-Israel.

“…sekolah-sekolah ini mempunyai dinamik masing-masing dan menjadi tanggungjawab guru-guru memastikan mesej ini sampai mengikut aktiviti yang dirasakan sesuai dengan sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan sidang media selepas hadir ke Program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menegah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Jadi ini adalah mesej jelas bahawa tujuan kita adakan (Minggu Solidariti Palestin) adalah untuk mengangkat pendirian negara dan memastikan mesej itu sampai kepada seluruh anak murid kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali di Ampang hari ini.

Baca artikel lain: Polis Terengganu lupus dadah lebih RM6 juta

Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan bermula 29 Okt hingga esok bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) ketika hadir ke Program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menegah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Program itu diadakan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara, bertujuan mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.

Mengenai isu garis panduan berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin dikeluarkan KPM yang menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat, Fadhlina berkata perkara berkenaan tidak timbul kerana garis panduan itu adalah jelas untuk komuniti pendidikan.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar ketika menyertai Program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menegah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Garis panduan itu adalah untuk sekolah, untuk makluman kepada pentadbir sekolah dan dilaksanakan di sekolah dan bagi komuniti pendidikan ia adalah jelas. MenjadI polemik kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This