Kerajaan cuba berlaku adil dalam pemberian subsidi – Ahmad Maslan

Dari Penulis

KERAJAAN akan cuba untuk memastikan peruntukan subsidi disampaikan tepat kepada mereka yang layak tanpa memanfaatkan golongan kaya atau T20.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu wajar dilakukan dalam memastikan mereka yang betul-betul memerlukan menerima keadilan.

“Orang miskin ada sebuah motosikal, manakala orang kaya ada yang mempunyai sehingga 10 kenderaan sama ada kereta atau motor.

“Jadi tentunya mereka yang ada 10 kenderaan itu mengguna lebih banyak subsidi berbanding mereka yang hanya ada sebuah motosikal kecil.

“Ini yang kita nak betulkan supaya orang kaya yang 10 peratus itu tidak lagi menerima subsidi minyak tetapi kita lebihkan penjimatannya kepada kumpulan yang sepatutnya menerima.

“Itu perkara yang wajar dibuat dan perkara yang adil untuk dibuat,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

Baca artikel lain: 2 kes saman fitnah libat Tun M, Ahmad Zahid ditangguh

Dalam pada itu, Ahmad juga menegaskan kerajaan akan terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan negara menerusi beberapa langkah konsolidasi fiskal.

Katanya, ia termasuk memastikan tata kelola dan penguatkuasaan cukai yang telus sekali gus menurunkan defisit fiskal.

“Sekarang ni pendapatan kita sekitar RM312 bilion untuk tahun depan tetapi perbelanjaan kita RM393 bilion, baki selebihnya itu terpaksa kita pinjam dan kita ingin kurangkan hutang, itu kerja kita.

“Oleh itu kita tetap berhutang tetapi tidak sebanyak sebelum sebelum ini, kita cuba untuk mengurangkan hutang negara.

“Hutang tetap kena bayar dan kita sedang mengikut tempohnya dan yang kita bayar itu baru dia punya interest.

“Jadi segala perkara ini perlu diatur sedemikian rupa supaya ekonomi negara berada terus dalam keadaan terbaik,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This