Pan Gon harap pertemuan lawan Kyrgyztan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon berharap pasukan kebangsaan dapat membuka tirai Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menentang Kyrgyztan pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam hantaran di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pan Gon menyifatkan Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan ‘rumah’ bagi Harimau Malaya.

Katanya, pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil juga dapat memudahkan urusan kehadiran penyokong sekali gus membolehkan lebih ramai yang hadir.

Menurut Pan Gon, ia juga membantu mengurangkan tempoh perjalanan pasukan Harimau Malaya sendiri berbanding jika aksi di gelanggang sendiri ini dilangsungkan di luar Lembah Klang.

“Penyokong dan pemain sendiri sudah cukup biasa dengan suasana di stadium ini. Ia kubu kuat pasukan Harimau Malaya.

“Besarlah harapan saya supaya perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyztan pada 16 November ini akan tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam hantaran itu.

Mengulas lanjut, Pan Gon berkata, tinjauan terkini bersama pihak FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), semalam mendapati keadaan padang adalah bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka, bulan lalu.

Dari segi teknikal, katanya, keadaan padang di stadium tersebut pasti akan lebih baik menjelang tempoh dua minggu yang akan datang.

Baca artikel berkaitan: Peningkatan ketara Harimau Malaya ‘menakutkan’ saya – Pan Gon

Beliau berkata, walaupun tidak 100 peratus, perkara tersebut dilihat mencukupi untuk bermain di atas permukaan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Lagi pun untuk aksi bertemu Kyrgyztan ini hanyalah satu perlawanan, sebelum kami terbang ke Taiwan untuk perlawanan kedua pada 21 November.

“Jadi harapan saya, perlawanan 16 November ini akan kekal berlangsung di Bukit Jalil dan saya juga menyeru para penyokong Harimau Malaya dapat datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kita bagi memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri,” katanya.

Harimau Malaya dijadualkan untuk memulakan cabaran kelayakan dalam Kumpulan D bertemu pasukan ke-97 dunia Kyrgystan, sebelum ke Taipei untuk bertemu Taiwan (152 dunia), pada 21 November.

Pestabola Merdeka merupakan kejohanan pertama diadakan di Stadium Nasional, selepas ditutup sejak Mac bagi menaiktaraf padang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia.

Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia berkedudukan ke-137 dunia, dijadualkan bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan masing-masing pada 21 dan 26 Mac, bertemu Kyrgyzstan di Bishek pada 6 Jun dan bertemu Taiwan pada 11 Jun di Malaysia.

Dua pasukan terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Piala Dunia 2026 akan dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat secara bersama dengan format baharu 48 pasukan, berbanding 32 pasukan sebelum ini.

Juara tiga kali Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertamanya pada 2027.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This