PRK Jepak: Kemenangan besar sahkan sokongan rakyat kepada GPS

Dari Penulis

KEMENANGAN Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mengesahkan sokongan padu rakyat terhadap gabungan itu.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS turut memperoleh 88.3 peratus undi popular pada PRK itu menerusi calon muka baharu Iskandar Turkee.

“Sudah tentu ini satu petanda bahawa masyarakat kita khasnya di Jepak dan Bintulu menerima dasar-dasar yang telah kita rancang dan akan laksanakan,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK itu, malam ini.

Pada PRK itu, Iskandar memperoleh 9,638 undi menewaskan dua pencabar, Stevenson Joseph Sumbang daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang hanya meraih 854 undi dan Chieng Lea Phing dengan 431 undi.

Baca artikel berkaitan: GPS kekal kuasai DUN Jepak

Majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu lebih dua kali ganda berbanding 4,243 undi diraih pada Pilihan Raya Negeri lepas, kata Premier Sarawak itu.

“Ini adalah satu mesej yang jelas…demokrasi ini bukan sahaja untuk kita lawan-lawan (bertanding semata-mata) tetapi kita hendaklah melihat realiti yang berlaku,” katanya.

Abang Johari berkata pengundi muda yang buat kali pertamanya mengundi di peringkat DUN di Sarawak turut menyumbang kepada kemenangan besar GPS kali ini.

“Kita menang di semua saluran mengundi, termasuk saluran yang terdapatnya pengundi muda di kawasan pinggir bandar, bandar dan juga luar bandar,” katanya.

Mengenai peratusan keluar mengundi agak rendah pada PRK itu iaitu sebanyak 48.57 peratus, beliau berkata perkara berkenaan memang dijangka kerana beberapa faktor, antaranya pengundi terdiri daripada pekerja dan pelajar di luar Jepak, tidak pulang mengundi kali ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This