Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa – Saravanan

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri. 

Beliau berkata, semangat yang ditunjukkan kepimpinan dan anggota keempat-empat sayap itu amat meyakinkan walaupun parti terpaksa ‘berdikari’ dalam meneruskan misi membawa suara masyarakat India dalam arena politik negara.

“Sebelum ini saya pernah merasmikan perhimpunan keempat-empat sayap parti ketika kita (MIC) mewakili kerajaan pusat, manakala hari ini saya rasmikan perhimpunan tanpa kita mewakili kerajaan pusat.

Baca juga: IPD Padang Besar dibina baharu tahun depan

“Namun, hari ini saya dapat lihat semangat yang ditunjukkan oleh semua (perwakilan) sayap amat meyakinkan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Tahunan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan Ke-36 hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari yang mewakili Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This