“Adakah awak bodoh? Hanya kerana pakai ‘hooded gown'” – Elvina Mohamad ‘naik hantu’ netizen suruh buang nama bapa!

Dari Penulis

PELAKON Datin Elvina Mohamad ‘naik hantu’ selepas seorang netizen menyarankan kepadanya untuk tidak lagi menggunakan nama bapanya iaitu ‘Mohamad’.

Elvina atau Norzalina Mohamad,28, menyifatkan komen tersebut sebagai kenyataan yang tidak masuk akal dan ia satu tindakan yang bodoh.

“Adakah awak bodoh atau berlagak bodoh? Mohamad ialah nama bapa saya. Hanya kerana saya pakai ‘hooded gown’, saya kena buang nama bapa?

“Jadi, adakah kesemua wanita muslim kena buang nama dia hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen jangan nampak bodoh sangat walaupun diri itu memang bodoh,” tulisnya.

Elvina membuat perkongsian tersebut menerusi Instagram Story miliknya selain turut memuat naik gambar serta akaun individu terbabit yang ditetapkan dalam mod privasi.

“Kata nak jadi netizen kenalah kental sikit. Baru kena sikit dah ‘private’ akaun.

“Bila artis tutup ruangan komen, kata takut dengan netizen, habis ini macam mana?.

“Netizen takut dengan artis? Lain kali nak komen jangan komen nampak bodoh sangat. Bila diam makin melampau.” kata Elvina.

Terdahulu, pengguna media sosial tersebut telah mengkritik fesyen pakaian Elvina yang kurang sopan ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Elvina memakai busana ‘hooded gown’ yang dianggap warganet sebagai memperlekehkan garis pemakaian wanita Muslimah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This