Bertemu Ulsan Hyundai esok, JDT harap pertemuan di SSI beri kelebihan

Dari Penulis

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berharap bermain di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada mereka, ketika berhadapan Ulsan Hyundai FC pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2023, esok.

Ketua Jurulatih JDT Esteban Solari berkata walaupun mereka akan berhadapan juara Liga K 1, pemainnya akan fokus dan tahu kepentingan perlawanan itu untuk mereka.

“Jadi kami perlu melakukan usaha yang lebih esok, dan seperti yang saya katakan pemain amat teruja dan mereka tahu…kami perlu lakukan yang lebih baik, terutamanya bagaimana kami bermain pada minit-minit awal kerana mereka pasukan yang kuat.

“Kami tahu pasukan seperti Ulsan Hyundai FC mempunyai pemain yang kuat dan mental yang bagus, jadi kami perlu hadapinya.

“Selepas perlawanan terakhir bertemu Perak FC, saya rasa kami telah lakukan persediaan yang baik untuk perlawanan ini dan semuanya mahu menunjukkan bahawa kami lawan yang kuat,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri hari ini.

BERITA BERKAITAN Piala Malaysia: Terengganu bertemu JDT di final, Ivan Mamut jadi wira malam ini

Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai FC berkata mereka yang baru menjuarai Liga K1 buat kali kedua berturut-turut minggu lepas, terpaksa menangguhkan perayaan kejayaan mereka itu bagi memfokuskan kepada persediaan perlawanan menentang JDT.

“Kami telah menang Liga K 1, tetapi kami belum meraikannya lagi. Apa yang penting ialah untuk pemain menumpukan kepada perlawanan yang akan datang.

“Ini satu perlawanan yang penting untuk layak ke pusingan seterusnya. Sebelum ini ia perlawanan di tempat kami, dan ini perlawanan di sini, jadi kami perlu bersedia dengan baik untuk hari ini (latihan) dan perlawanan esok,” katanya.

Pada 24 Okt, kelab Korea itu menewaskan Harimau Selatan 3-1 pada pusingan pertama Kumpulan I.

Pasukan lain dalam Kumpulan I ialah juara Liga Jepun (J-League) Kawasaki Frontale dan Juara Liga Thai BG Pathum United.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This