Tindakan batal lesen perniagaan jika buang sisa pepejal ke sungai

Dari Penulis

TINDAKAN pembatalan lesen perniagaan akan dikenakan kepada peniaga yang dikesan membuang sisa pepejal ke dalam sungai.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, komitmen itu dibuat melalui perbincangan bersama majlis perbandaran dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Saya telah berbincang dengan Yang Dipertua (Majlis Perbandaran) dan wakil Datuk Bandar (Kuala Lumpur) iaitu untuk peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), kita memberi komitmen sekiranya ada peniaga yang ditangkap membuang sampah atau membuat pencemaran ke anak sungai, kita tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan mereka.

“Untuk di Selayang, Majlis Perbandaran Selayang telah memberi komitmen sama bagi mengelakkan aktiviti pencemaran sungai… cuma kawasan ini kependudukannya agak padat, malah difahamkan kawasan domestik ini meliputi tiga kilometer (km) sepanjang anak sungai,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Sokong Harimau Malaya sambil bantu Palestin

Beliau berkata demikian ketika hadir sesi lawatan kerja ke Pasar Borong Selayang yang diadakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC) bagi meninjau isu pembuangan sampah di kawasan terbabit.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad,.

Beliau berkata, di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), beberapa isu termasuk dari segi pengurusan terutama di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur antara yang diberikan tumpuan.

“Susulan lawatan Menteri NRECC (Nik Nazmi) ke Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang tempoh hari, semakan (KPKT) mendapati dari segi operasi oleh syarikat konsesi Alam Flora, (kerja kutipan sampah) dibuat seperti mana ditetapkan setiap hari di kawasan pasar.

“Satu lagi sudut yang kita teliti adalah kawasan penjaja atau peniaga yang terletak di luar kawasan pasar. Ini juga titik pertemuan antara kawasan (di bawah bidang kuasa) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This