SERAMAI 19 pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati bersalah atas pelbagai kesalahan.
AKPS KLIA dalam kenyataan memaklumkan, antara kesalahan yang dilakukan mereka seperti tidak hadir bertugas dan melanggar prosedur kerja berkaitan cap keselamatan masuk serta keluar negara.
Jelasnya, perkara tersebut diputuskan oleh Lembaga Lembaga Tatatertib (LLT) yang bersidang pada 12 Disember lalu.
“AKPS KLIA terus memperkukuh komitmen terhadap integriti dan tadbir urus beretika.
“Kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib meliputi amaran, tangguh pergerakan gaji serta penurunan gaji, selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa,” katanya hari ini.
Pada masa sama, pihak agensi turut membuka siasatan terhadap 43 kes tatatertib melibatkan integriti pegawai AKPS KLIA melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Baca artikel lain: Polis keluar 87 saman sepanjang program RXZ di Melaka
“Selain prosedur dan peraturan kerja, khususnya yang melibatkan penggunaan cap keselamatan masuk dan keluar negara, kawalan pemeriksaan kaunter serta kesalahan berkaitan amalan ‘flying passport’ dan ‘counter setting’.
“AKPS KLIA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran integriti, terutamanya dalam aspek kawalan masuk dan keluar negara yang merupakan elemen kritikal keselamatan negara,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

