Tonton Misteri Roh Pulau Penunggu di Astro First sambil menderma untuk penduduk Palestin & rebut hadiah cabutan bertuah!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INILAH kelainan yang ditampilkan apabila penonton melanggan telefilem bergenre seram, Misteri Roh Pulau Penunggu yang mula ditayangkan secara eksklusif menerusi Astro First sejak 2 November yang lalu.

Penonton yang melanggan bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kepingan emas hampir satu gram, malahan dari setiap langganan mereka juga akan menyumbang kepada Tabung Amanah Anak Palestin Yayasan Nurjiwa.

Penerbit bersama filem ini, Datuk Rosli Bujang Rosli berkata, pihaknya akan mengadakan cabutan bertuah setiap tiga hari sekali bermula 7 November (malam ini) untuk penonton yang melanggan telefilem ini.

Rosli akan membuat cabutan bertuah bermula hari ini untuk penonton bertuah

Menurutnya, mereka menyasarkan dapat meraih kutipan lebih daripada RM300.000 dan sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

SIMBOLIK penyampaian bendera Palestin kepada wakil Yayasan Nurjiwa.

Pelancaran dan sidang media telefilem Misteri Roh Pulau Penunggu berlangsung di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur pada 3 November baru-baru ini.

Selain Rosli, ia turut dihadiri oleh rakan kongsinya, Datuk Zamrud Misdi dan barisan pelakon terlibat antaranya Putra Amaris, Keena Mentor, Tom GV9, Erul AF9, Azlee Senario, Faizzal Gegar Lawak dan pengarahnya, Shahridan Popeye.

Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan kepada penonton bertuah adalah sumbangan dari Fingold, Bateriku.com, JW Marriot dan banyak lagi.

Filem Misteri Roh Pulau Penunggu terbitan Advance Idea Concept diarahkan oleh Mohamad Saridan Yeop Abd Rahim @ Shahridan Popeye, manakala skrip ditulis oleh Suriana Ab Wahab atau Keena Mentor.

ROSLI (kiri) dan Zamrud (kanan) menunjukkan mockup poster cabutan bertuah daripada penaja utama, Fingold bersama Putra Amaris.

Keena berkata, dia cuba tampilkan kelainan apabila menggabungkan barisan pelakon terdiri daripada peserta program pertandingan realiti TV di negara kita.

“Ketika menulis cerita ini saya memang membayangkan nak mengumpul dan menggabungkan barisan artis program realiti seperti Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Mentor dan program lawak.

“Kerana itu barisan pelakon yang membintangi telemovie ini adalah gabungan peserta-peserta program realiti TV.

“Mereka berbakat besar dan perlu diberi ruang dan peluang dalam industri. Saya harap penonton menyokong usaha ini,” katanya.

Barisan pelakon Misteri Roh Pulau Penunggu ialah Mohd Amran Ismail – Putra Amaris, Suriana Ab Wahab – Keena, Khairul Najmuddin Abu Samah – Erul Samah, Mohamad Hezrie Salim – Hezry Gegar Lawak, Raja Farah Afzal Raja Ikram – Tom, Mohammad Nur Farhan Ma’arob – Farhan Maarob, Mohamad Faizzal Abdul Rahman – Faizzal Gegar Lawak, Siti Aida Mohd Sahaharel – Siti Aida Aieril dan Norsuzilawati Sobri.

Seperti kelaziman dalam penghasilan cerita seram, beberapa pelakon antaranya Keena dan Tom turut berdepan kejadian aneh dan pelik sepanjang penggambaran berlangsung.

Sinopsis filem Misteri Roh Pulau Penunggu

Sistematik Kolej Kuala Lumpur adalah sebuah kolej swasta yang menempatkan pelajar-pelajar
dari golongan elit. Pelajar-pelajar yang sangat sosial dan tidak begitu berminat untuk belajar.

Ammar seorang pelajar kolej yang suka mengkaji tentang kewujudan roh, misteri pulau penunggu dan susuk penampakan. Ammar tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk-makhluk halus yang sentiasa wujud di sekeliling manusia untuk menyesatkan mereka.

Ekspedisi mencari roh dan penampakan itu mendapat sokongan kawan-kawannya, Johan,
Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan.

Mereka kemudian meredah Tasik Banding dan menginap disalah sebuah pulau yang mempunyai rumah banglo lama yang terbiar. Ketika berada di rumah itu bermula lah bermacam peristiwa kerana mereka semua sebenarnya dilarang memijak kaki di Pulau Penunggu yang dipenuhi dengan penunggu, hantu dan juga
roh.

Melalui berita mereka menemui misteri pulau penunggu tetapi pelbagai peristiwa pelik berlaku apabila mereka di kuasai hantu dan roh-roh kejam di pulau tersebut. Malah Aida yang
suka berselfie sudah merakam satu lembaga putih yang telah merasuknya.

Begitu juga dengan Hezry yang terserempak dengan hantu perempuan mula dikuasai hantu itu yang menganggap dia adalah suaminya. Akhirnya Hezry dibunuh hantu itu yang meratah jasadnya.

Segala peristiwa dan kemunculan roh, bermula apabila Ammar mengajak mereka ke pulau tersebut untuk ekspedisi menyiapkan assignment sejarah di kolejnya .

Tetapi mereka semua tetap melawan roh-roh jahat itu yang akhirnya semua mati dalam keadaan tragis kecuali Keena yang terselamat.

Keena telah mengalami koma dan setelah sedar dari koma baru Keena tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Saksikan kesudahan telefilem menarik ini di saluran Astro First.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This