“Kisah benar yang berlaku dan ada hubung kaitnya dengan penyakit Korsakoff” – Penerbit

Dari Penulis

TUAH ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah nasib yang menyebelahi syarikat produksi tempatan D Alpha Legacy apabila naskhah asli karya mereka berjudul Korsakoff telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori khas Best Psychological Film di Anugerah Cannes World Film Festival (CWFF) pemenang Anugerah di World Film Carnival – Singapore (WFCS) yang ke-33.

Menurut Nur Aminahtul Marrdiah Md Nor, selaku Pengasas D Alpha Legacy, dia bersyukur segala kerja keras keseluruhan pasukan produksi dan pelakon pelakon hebat negara terasa berbaloi apabila karya anak tempatan diiktiraf di mata dunia oleh para penilai antarabangsa.

“Kami sekadar mencuba nasib dengan dengan menghantar penyertaan dan akhirnya dimaklumkan sebagai pemenang untuk bulan Ogos kategori Best Psychological Film.

“Banyak juga negara lain yang menghantar karya mereka namun nasib berpihak kepada kami, terima kasih diatas pengiktirafan ini,” katanya.

Walaupun filem ini sudah pun dipertontonkan di hadapan juri-juri profesional antarabangsa untuk dinilai, rakyat Malaysia hanya berpeluang menontonnya secara rasmi dan juga eksklusif, ‘Di Pawagam Rumah Anda’ Astro First bermula 14 Mac ini.

Dibintangi oleh barisan pelakon pemenang anugerah tanah air seperti Erra Fazira, Azhan Rani, Iqram Dinzly, Ning Baizura dan watak utamanya iaitu ‘Jelita’ dipegang oleh pendatang baharu, Elly Arifin.

“Walaupun Elly adalah aktres baharu dan kali pertama memegang watak heroin, dia disokong oleh pelakon-pelakon handalan negara, dan kerjasama diantara mereka inilah yang membuatkan filem ini berjaya.

“Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan kemampuan mereka dalam menghidupkan watak filem ini, sebagai contoh, Erra adalah primadona negara yang tidak perlu dipertikaikan lagi bakatnya.

“Manakala Azhan merupakan seorang pelakon ‘method’ yang disegani. Bbagi Iqram pula, ramai yang merindui lakonan bermutunya, manakala Ning pula mempunyai ‘presence’ yang kuat di layar kamera dan bagi Elly sendiri, seorang pelakon yang berpotensi dan mampu untuk pergi jauh,” ulasnya.

Idea asal filem ini tercetus dari perbualan diantara pengarah, penerbit dan penulis skrip yang gemarkan cerita-cerita berunsurkan psikologi dan pada masa yang sama, ingin berkongsi informasi tentang kondisi penyakit Korsakoff ini.

“Kami hanya berbual kosong sesama sendiri dan berhasrat mengetengahkan kewujudan penyakit ini, maka terhasillah sinopsisnya sebelum ia berkembang menjadi sebuah naskhah yang diterbitkan.

“Naskhah ini diilhamkan dari kisah-kisah benar yang pernah berlaku dan ada hubung kaitnya dengan penyakit Korsakoff itu sendiri yang kemudiannya dijadikan sebuah cerita imaginasi bersama.

“Manakala proses penggambaran mengambil masa kira-kira 15 hari, ini tidak termasuk sesi lakon layar yang memakan masa empat bulan lebih,” kongsinya.

Pihak produksi, D Alpha Legacy juga turut berkolaborasi dengan aplikasi media sosial yang popular iaitu TikTok Malaysia dalam usaha mereka menyokong karya-karya filem tempatan yang bermutu.

Walaupun penyakit Korsakoff itu sendiri jarang didengar, namun ia wujud di kalangan kita, dan D Alpha Legacy mahu masyarakat Malaysia fahami apakah ia secara am melalui medium yang cukup menghiburkan.

“Naskhah ini jauh dari sempurna dan banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki.

“Namun kami berharap ia dapat memberikan satu ilmu baharu melalui keseronokan menonton bersama keluarga di bulan Ramadan nanti,” ungkapnya.

Jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Korsakoff ‘Di Pawagam Rumah Anda’ yang bakal ditayangkan bermula 14 Mac ini.

Untuk melanggan, sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand dengan harga hanya RM15 (tidak termasuk cukai), dan anda boleh menontonnya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This