POLIS menahan dua bekas pesalah juvana selepas memukul seorang lelaki di hadapan sebuah kedai peralatan memancing dekat Taman Kajang Putra, pukul 5.30 petang, Sabtu lalu.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1556
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku ketika pengadu berusia 20 tahun membeli peralatan memancing sebelum didatangi dua lelaki Melayu yang dikenali.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berbangsa Melayu itu telah bertindak memukul pengadu dengan menggunakan tangan dan topi keledar serta menumbuk di mulut sebanyak dua kali.
“Punca pergaduhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap pengadu.
“Pengadu dan suspek sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan menunggang atau memiliki motosikal curi dan telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Kajang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda terhadap pengadu manakala suspek dihukum di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.
Mohd Zaid berkata, dua suspek berusia 20 dan 22 tahun itu telah ditahan di sekitar Kajang bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan kejadian terbabit dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mustaffa Raof yang mendakwa mangsa merupakan adiknya.
Jelasnya, kejadian tersebut berlaku disebabkan dendam lama.
“Dia masuk juvana sebab adik aku saksi kes dia curi motor. Kepada yang kenal budak ni, bukan kes curi motor je dia buat, ada banyak lagi.
“Bila dah keluar, kebetulan terjumpa adik aku. Dah masuk juvana pun tak serik lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

