APEC: Malaysia akan laksana tanggungjawab suarakan isu Palestin sebaik mungkin

Dari Penulis

MALAYSIA akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyuarakan pandangan berhubung krisis Palestin-Israel pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan dengan beberapa negara rakan terlebih dahulu.

“Kita akan bincangkan dengan beberapa teman (negara rakan) dan akan kita jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023)

Anwar berkata demikian semasa menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menggunakan pentas APEC 2023 untuk menyuarakan isu kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Semalam, Anwar mengesahkan beliau akan menghadiri APEC 2023 biarpun terdapat desakan supaya beliau tidak menghadiri persidangan terbabit.

Baca artikel berkaitan: Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 – PM

Perdana Menteri menegaskan beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi namun pada masa sama, Malaysia kekal tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, yang akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 Nov ini.

Terdahulu Anwar merasmikan PIPOC 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sejak semalam hingga esok, yang menghimpunkan lebih 100 penceramah serta sekitar 2,000 peserta dari seluruh dunia.

PIPOC 2023 menjadi platform perkongsian pandangan, trend ekonomi dan pertukaran teknologi terkini dalam industri sawit selain mengetengahkan lebih 400 pempamer daripada pemain industri itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This